NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH tanding 21 kerusi di PRN Melaka



PETALING JAYA:
 Pakatan Harapan (PH) akan bertanding hanya di 21 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka 14 Nov ini, dengan bekas ketua menteri, Adly Zahari, mempertahankan kerusi Bukit Katil.

Azman Abidin, setiausaha politik kepada pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, akan bertanding di kerusi Paya Rumput, manakala Ginie Lim akan bertanding di Machap Jaya.

Calon lain termasuk Kerk Chee Yee, yang akan mempertahankan kerusi Ayer Keroh, Jason Tze-Xi Nathan di Pengkalan Batu dan Farzana Hayani di Klebang.

PH tidak bertanding di tujuh kerusi, termasuk Bemban, di tengah-tengah spekulasi mengenai kemungkinan persefahaman pilihan raya dengan Bersatu.

Walaupun PH Melaka menegaskan bahawa parti itu akan bertanding PRN berkenaan secara solo, spekulasi mengenai persefahaman dengan Bersatu berterusan susulan majlis makan malam antara pemimpin PH dan Bersatu negeri itu pada bulan lalu, yang tidak dihadiri wakil DAP.

Ketika berucap di perkarangan Stadium Hang Jebat di Melaka malam ini, Anwar memuji Adly sebagai bekas ketua menteri yang telah membuktikan keupayaannya.

Adly pertama kali memenangi kerusi Bukit Katil pada PRU 2018 dengan majoriti 3,159 undi dalam pertandingan tiga penjuru. Beliau mengekalkan kerusi itu pada PRN Melaka 2021, tetapi majoritinya merosot kepada 1,057 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Hari penamaan calon bagi PRN Melaka ditetap pada 31 Okt, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 10 Nov dan hari mengundi pada 14 Nov.

Pada PRN 2021, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memenangi dua kerusi.

Berikut ialah senarai penuh calon PH:

  • N01 Kuala Linggi – Mukhlisul Mubin Julasapiyah
  • N02 Tanjung Bidara – Yunazri Mustamiri
  • N06 Rembia – Khuzairie Kamal Kannan
  • N07 Gadek – Jegasilan K
  • N08 Machap Jaya – Ginie Lim
  • N09 Durian Tunggal – Ashraf Mukhlis Minghat
  • N10 Asahan – P Denesh
  • N13 Paya Rumput – Azman Abidin
  • N14 Klebang – Farzana Hayani Nasir
  • N15 Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan
  • N16 Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
  • N17 Bukit Katil – Adly Zahari
  • N18 Ayer Molek – Hakimin Mokhtar
  • N19 Kesidang – Alex Seah
  • N20 Kota Laksamana – Low Chee Leong
  • N21 Duyong – Poo Long Suan
  • N22 Bandar Hilir – Leng Chau Yen
  • N23 Telok Mas – Mohamad Jaafar
  • N25 Rim – Esma Eazreen Husin
  • N26 Serkam – Faiq Azman
  • N27 Merlimau – Rahayu Hamzah

Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo