NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Sarawak bubar 26 Oktober



BANGI, 12 JAMADILAWAL — Premier Sarawak mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada Isnin depan.

Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pembubaran tersebut bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 dilangsungkan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR dijangka bersidang dalam masa terdekat bagi membolehkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRN Sarawak diputuskan.

“Pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran DUN.

“SPR akan dimaklumkan secara rasmi dan seterusnya menentukan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian,” katanya dalam sidang media khas di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching, hari ini.

Turut hadir, seluruh anggota kabinet Sarawak.

Abang Johari turut merakamkan penghargaan kepada perkhidmatan awam negeri atas komitmen dan dedikasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat Sarawak.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua calon serta penyokong supaya menghormati undang-undang sepanjang tempoh pilihan raya dan memastikan proses demokrasi berlangsung secara aman.

“Kita mahu rakyat membuat keputusan secara bebas.

“Saya percaya kita akan terus bekerjasama demi masa depan anak-anak Sarawak,” katanya.

Terdahulu, pada jam 3 petang, Abang Johari menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri untuk memaklumkan pembubaran tersebut.

Ini merupakan kali kedua Abang Johari memimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRN.

Dalam PRN Sarawak ke-12, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Menjelang akhir penggal, kerusi tersebut bertambah kepada 79 apabila parti pembangkang, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dibubarkan dan tiga wakil rakyatnya yang juga pemimpin utama parti itu menyertai sebuah parti komponen GPS, Parti Progresif Demokratik (PDP).

Seorang lagi wakil rakyat parti tersebut, terlebih dahulu mengisytihar keluar parti dan menjadi wakil Bebas tetapi mesra GPS.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo