NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sebut sahaja ‘kuil haram’, tidak perlu jaga hati mereka yang melanggar undang-undang



BANGI, 12 JAMADILAWAL — Istilah “kuil haram” perlu digunakan secara berterus terang bagi merujuk kuil yang dibina secara tidak sah, bukannya “kuil tidak berdaftar” atau “rumah ibadat tidak berdaftar”, tegas peguam, Aidil Khalid.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan serbuan polis terhadap stor sebuah kuil tidak berdaftar di Klang Selatan yang dipercayai dijadikan tempat penyimpanan dadah.

Menurutnya, istilah “kuil haram” lebih ringkas dan padat berbanding penggunaan istilah berkenaan.

“Sebut sahaja secara berterus terang: kuil haram. Lebih ringkas dan padat, berbanding pusing-pusing sebut ‘kuil tak berdaftar’ atau ‘rumah ibadat tak berdaftar’.

“Kalau dah pacak kuil secara haram, kemudian buat pula aktiviti haram simpan dadah, kemungkinan disiasat pula perkaitannya dengan sindiket dan kegiatan kongsi gelap gangsterisme, maka dah sah-sah kuil itu kuil haram,” katanya dalam hantaran TV Pertiwi.

Dalam kenyataan sama, Aidil mengkritik sikap pihak yang disifatkannya cuba menampilkan diri sebagai mangsa, meminta tanah pampasan dan membantah penggunaan istilah “kuil haram” atas alasan terasa hati.

“Cukup-cukuplah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap kuil yang dibina secara haram.

“Pihak berkuasa kena nyahkan dan robohkan kuil haram segera,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, sebanyak 46 bungkusan plastik mengandungi heroin seberat 20.6 kilogram ditemukan di dalam stor kuil berkenaan.

Menurut laporan Kosmo!, beliau berkata semakan mendapati tapak tanah itu milik kerajaan yang diperuntukkan bagi tujuan pembetungan.

Seorang lelaki yang bekerja sambilan di kuil itu turut ditahan bagi membantu siasatan. Suspek dilaporkan menetap di situ dan membantu menguruskan kuil berkenaan dari semasa ke semasa.

Shazeli berkata, premis itu dipercayai digunakan sebagai stor penyimpanan dadah sejak awal tahun ini, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur gangsterisme di lokasi berkenaan.

Serbuan di kuil itu merupakan sebahagian daripada lima serbuan polis antara 13 hingga 19 Oktober yang menyasarkan empat sindiket dadah berbeza.

Keseluruhan operasi membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM16.2 juta dan penahanan lapan individu, termasuk empat warga asing.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo