Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata arahan itu selaras persefahaman dan kerjasama politik antara BN dan PN.
“Seluruh jentera dan penyokong parti diarahkan membantu dengan sepenuh hati serta memberikan sokongan padu kepada semua calon Perikatan Nasional yang bertanding di kerusi DUN dalam PRN Melaka kali ini,” katanya pada sidang media, selepas mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno.
Sebelum ini, BN mengumumkan ia akan bertanding di 21 DUN dan memberi laluan kepada PAS dan rakan-rakan parti itu di tujuh kerusi.
Hari ini, pemimpin BN dan PN menandatangani suatu perjanjian persefahaman bagi menghadapi PRN Melaka.
Sementara itu, BN dan PN bersetuju melancarkan manifesto bersama sempena PRN Melaka. “Manifesto dijangka akan dilancarkan sebelah petang selepas penaman calon,” kata Asyraf.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment