NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Istilah ‘kuil haram’ nak larang, bagaimana dengan ‘lumba haram’ atau ‘pendatang haram’?



BANGI, 27 RABIULAWAL — Istilah ‘haram’ yang dikaitkan dengan binaan rumah anutan di atas tanah secara tidak sah sering dijadikan sebagai salah satu polemik kerana ia dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Ada yang mendakwa kononnya, penggunaan istilah itu hanya terpakai bagi umat Islam kerana perkataan itu berasal dari Arab.

Justeru, apabila isu binaan rumah anutan haram sering dibincangkan secara terbuka khususnya di media sosial, ada segelintir pihak yang menggesa supaya istilah itu tidak digunakan.

Contohnya, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Kumaresan Baby Kalidawson menyifatkan bahawa istilah ‘kuil haram’ mengguris hati masyarakat India.

Namun begitu, kenyataan itu dibidas pelbagai pihak termasuk Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang mempertahankan penggunaan istilah tersebut kerana ia selari dan tepat dari segi undang-undang.

Berasal dari bahasa Arab yang dipinjam dalam bahasa Melayu

Dalam semakan penggunaan istlah ‘haram’ tidak dinafikan perkataan itu berasal dari bahasa Arab yang menumpukan kepada hukum hakam agama Islam.

Namun begitu, istilah ‘haram’ juga diserap sepenuhnya menjadi sebahagian daripada osa kata rasmi bahasa Melayu yang disahkan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan isitlah ‘haram’ boleh dibahagikan kepada tiga konteks utama.

Pertama, konteks hukum agama yang merujuk kepada sesuatu yang dilarang keras oleh syarak dalam Islam.

Ini termasuk perbuatan berjudi, berzina, mencuri atau makan makanan yang dilarang seperti babi dan minum arak.

Penggunaan istilah ‘haram’ dari aspek undang-undang sivil

Kedua, dari aspek undang-undang sivil. Penggunaan istilah ‘haram’ digunakan sebagai sinonim kepada perkataan ‘menyalahi undang-undang’, ‘tidak sah’ atau ‘tanpa kebenaran / lesen’.

Justeru, penggunaan dalam konteks ini tidak semestinya berkait dengan elemen agama seperti dosa atau pahala.

Contoh terbaik ialah pendatang haram, lumba haram, peneroka haram dan sebagainya.

Ini kerana, pendatang haram merujuk kepada perbuatan yang menyalahi undang-undang trafik manakala pendatang haram melanggar undang-undang Imigresen.

Menggunakan konteks ini, istilah penggunaan haram sememangnya terpakai bagi rumah anutan atau apa-apa binaan yang dibuat tanpa kebenaran.

Menggunakan hujah ini, maka pakar undang-undang seperti Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpandangan bahawa tiada masalah untuk penggunaan istilah ‘kuil haram’.

Katanya, ia kerana ‘istilah’ haram yang digunapakai merujuk kepada struktur bangunan yang didirikan atau beroperasi tanpa kebenaran yang diwajibkan undang-undang.

Menerusi penjelasan ini, maka ramai mempertikaikan tujuan disebalik usaha nak melarang penggunaan istilah ‘haram, bagi isu binaan rumah anutan secara tidak sah.

Ramai beranggapan sama ada ini hanya cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar atau pihak tersebut tidak memahami konteks penggunaan bahasa Melayu.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo