NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar rai hari jadi Ketua Menteri Melaka


MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempat meraikan hari jadi Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ke-65, setibanya di Melaka, lewat petang tadi.

Sambutan ringkas itu diadakan di hotel di Bandaraya Melaka yang turut dihadiri EXCO Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin serta EXCO Pelancongan, Warisan, Seni Dan Budaya negeri, Datuk Abd Razak Abd Rahman.

Anwar juga menyanyikan lagu hari jadi sebelum Ab Rauf meniup lilin di kek yang disediakan pihak hotel.

Perdana Menteri tiba di Melaka lewat petang tadi bagi menghadiri perasmian Malam Kebudayaan Cina 2026 di Kota Laksamana malam ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ab Rauf berterima kasih kepada Anwar yang meraikan ulang tahun kelahirannya.

"Dalam politik, kita mungkin berbeza pandangan dan pendirian. Namun, yang lebih penting, kita terus menghormati antara satu sama lain dan meletakkan kepentingan rakyat serta negara sebagai keutamaan.

"Sekali lagi, terima kasih YAB Perdana Menteri," katanya.



Sumber | BH Online








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo