Pengarah Pilihan Raya Wawasan, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berkata parti itu terbuka kepada semua pihak dan sedang memberi tumpuan untuk membina kekuatan politiknya.
Spekulasi tersebut timbul selepas beberapa hantaran media sosial mendakwa Hanifah, yang juga calon Bersatu di DUN Labu pada PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, bertemu dengan Presiden Wawasan Hamzah Zainudin.
Chegubard mengesahkan pertemuan itu berlaku dan menolak spekulasi bahawa Hanifah bertemu Hamzah untuk mendedahkan perkara peribadi melibatkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agungnya, Azmin Ali.
Walaupun Hanifah sebelum ini pernah mengkritik beliau, Hamzah, dan parti tersebut, Chegubard berkata presiden Wawasan itu seorang pemimpin yang berfikiran terbuka dan tidak menyimpan dendam.
Chegubard turut berkata Wawasan tidak mahu untuk terus terikat dengan perseteruan lampau.
“Bagi kami, perkara ini adalah mengenai membina kekuatan untuk masa depan. Kita tidak seharusnya hanya melihat kepada masa lalu. Dalam usaha mencapai agenda yang lebih besar, Wawasan mesti bersifat inklusif dan menerima semua orang sebagai ahli,” katanya.
“Beliau (Hanifah) kononnya datang untuk mendedahkan rahsia Muhyiddin, rahsia Azmin dan sebagainya. Tetapi bagi kami, perkara seperti itu tidak penting,” katanya.
Sementara itu, seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang enggan dikenali berkata Hanifah bertemu Hamzah dengan pengetahuan beberapa pemimpin negeri.
“Hanifa juga memaklumkan kepada Muhyiddin. Beliau memberitahu kami mengenai butiran perbincangan itu. Hanifa memberitahu beliau akan kekal bersama Bersatu serta menolak tawaran Hamzah,” kata pemimpin tersebut tanpa mengulas lanjut.
Hamzah menubuhkan Wawasan selepas beliau dipecat daripada Bersatu sebagai timbalan presiden susulan krisis kepimpinan dengan Muhyiddin.
Parti itu secara rasmi diterima menyertai Perikatan Nasional (PN) bulan lalu walaupun dibantah Bersatu, yang mempersoalkan proses serta kesahihan keputusan tersebut.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment