NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka: Fahmi enggan dedah perincian kerjasama PH-BN



PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) mempunyai jadual dan garis masa tersendiri dalam membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Komunikasinya, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai rundingan pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN), termasuk jumlah kerusi yang mungkin ditandingi setiap parti.

“Untuk pihak PH dan juga untuk PKR, boleh rujuk dengan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status rundingan kerjasama PH-BN bagi menghadapi PRN Melaka yang akan datang.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat untuk memperincikan bentuk kerjasama antara gabungan itu dengan BN termasuk agihan kerusi pada PRN Melaka.

Perdana Menteri berkata, Amirudin diamanahkan untuk meneliti perkara itu.

Bagaimanapun, Fahmi tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai jumlah kerusi yang telah dipersetujui atau bentuk pembahagian kerusi antara kedua-dua gabungan berkenaan. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo