Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata keputusan akan dibuat selepas ketua setiausaha negara (KSN) berbincang dengan kementerian dan agensi berkaitan petang ini.
Katanya, penilaian akan mengambil kira ramalan cuaca dan keadaan berjerebu bagi tempoh beberapa hari akan datang, selain aspek keselamatan dan kesihatan peserta serta orang ramai.
“Kita tidak akan batalkan, tetapi sama ada skalanya berubah ataupun diubah lokasi. Kita tunggu hasil mesyuarat KSN petang ini,” katanya pada sidang media mingguannya.
Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dijadualkan berlangsung di Dataran Putrajaya mulai 7 pagi 31 Ogos ini.
Fahmi berkata, penilaian berhubung sambutan itu turut membabitkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Jabatan Meteorologi, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kesihatan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment