Mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari itu, semalam, beliau berkata PAS ketika ini menumpukan usaha membina kekuatan Perikatan Nasional (PN) berdepan PRN Melaka, berbanding memikirkan soal kerjasama bersama PH yang disertai DAP.
“Sebarang kerjasama politik mesti diangkat ke Majlis Syura Ulama. Manakala, dalaman PN ia mesti diputus dalam mesyuarat PN.
“Buat masa ini kita lebih memberi fokus membina kekuatan PN menghadapi PRN Melaka,” katanya kepada FMT.
Jumaat lalu, dilaporkan PH Selangor diketuai Amirudin tidak menolak kemungkinan gabungan itu bekerjasama dengan Bersatu, terutama di negeri tersebut.
Jajaran itu dipercayai untuk memastikan dua parti berkenaan terus relevan dan kuat dalam menghadapi PRU akan datang, termasuk PRN Melaka.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim enggan mengulas lanjut kesediaan PH Selangor bekerjasama melibatkan Bersatu, yang masih menjadi komponen PN.
“Soal Bersatu (nak kerjasama dengan PH) terpulang kepada mereka untuk menerima atau sebaliknya,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment