MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama pada pilihan raya itu.
Beliau berkata, pendirian berkenaan dibuat kerana lebih mengutamakan prinsip perjuangan berbanding jawatan sebagai wakil rakyat.
“Kata UMNO bermuka-muka. Kata UMNO tikam kawan tapi UMNO juga yang dicari.
“Saya ulang pendirian saya semasa dalam podcast KS iaitu jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding sebab lebih rela pertahankan prinsip saya dari sebuah jawatan wakil rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Akmal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa PH terbuka untuk membincangkan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.
Mementik laporan itu, Saifuddin berkata, perkara itu mungkin dibincangkan selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pulang ke tanah air pada Rabu.
Dalam pada itu, Akmal menyatakan keyakinannya BN mampu kekal dominasi Melaka tanpa kerjasama PH.
“Insya-ALLAH Melaka kita birukan seperti Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment