Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, kewujudan pejabat UNHCR ketika ini dilihat seolah-olah menjadi ‘magnet’ yang menarik kemasukan lebih ramai pelarian, khususnya etnik Rohingya ke Malaysia.
Sehubungan dengan itu, katanya, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengusahakan mekanisme bagi memastikan proses saringan dilakukan secara bersama-sama oleh UNHCR dan pihak berkuasa tempatan, sebelum sebarang kad pelarian dikeluarkan kepada mana-mana individu.
Mohamad berkata, perkara itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, dengan beliau meminta supaya Perjanjian Negara Tuan Rumah disegerakan, bagi menetapkan garis panduan serta kawalan yang lebih ketat terhadap pengeluaran kad UNHCR.
“Kita mahu supaya ada kerjasama dan tapisan ketat dilakukan. Jika mereka tidak mahu bekerjasama, pada saya, sudah sampai masanya untuk kita menimbangkan semula keberadaan UNHCR di dalam negara supaya kita tidak terus terbeban,” katanya selepas meninjau proses pengundian awal di Pangkalan Udara Sendayan hari ini.
Semalam, media melaporkan ratusan etnik Rohingya berkampung di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling di Kuala Lumpur, sebelum dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti.
Mohamad berkata, antara isu yang perlu ditangani ialah proses permohonan kad pelarian yang didakwanya terlalu mudah, sehingga membolehkan individu membuat permohonan secara dalam talian dari negara asal sebelum memperoleh kad sebaik tiba di Malaysia.
“Sekarang ini tak ada SOP (Prosedur Operasi Standard), mereka bagi lepas buat dalam talian … dia di Myanmar, dia dah buat dalam talian, datang sini ambil kad terus. Jadi saringan kita tak ada, ini yang kita perlu uruskan,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment