NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setiausaha Politik Anthony Loke calon DAP DUN Temiang



SEREMBAN – Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, Ho Weng Wah dipilih sebagai calon DAP untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bagi menggantikan penyandangnya Ng Chin Tsai.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Ho yang juga anak jati Temiang adalah antara tiga muka baharu dipertaruhkan parti itu, selain calon di DUN Mambau Lee Kai Yet dan S. Mugunthan (Seremban Jaya), manakala lapan lagi penyandang dikekalkan.

Beliau berkata Ho, 42, telah berkhidmat sebagai pembantunya sebelum dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan pada 2022.

“Beliau seorang bertanggungjawab, mempunyai kredibiliti dan integriti tinggi. Segala urusan peruntukan kawasan saya di Parlimen Seremban selama ini diuruskan beliau dengan baik, telus dan tanpa sebarang isu,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon DUN Temiang di sini, hari ini.

Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata setiap kali pilihan raya diadakan, DAP akan melakukan penilaian menyeluruh, termasuk mengenal pasti individu berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon baharu dalam usaha meremajakan parti.

Bagaimanapun, beliau berkata bagi pilihan raya kali ini, DAP mengambil pendekatan lebih berhati-hati dengan mengekalkan sebahagian besar penyandang, yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang serta lebih dikenali oleh pengundi.

“Ini satu pilihan raya yang kritikal. Kita tidak boleh mengambil risiko di mana-mana kerusi,” katanya.

— BERNAMA










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo