BANGI, 21 MUHARRAM – Pemimpin Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui sukar untuk membaca sentimen sebenar pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurutnya, keadaan itu lebih mencabar memandangkan parti itu tampil sebagai pilihan baharu kepada pengundi dalam pilihan raya tersebut.
“Akhirnya, hanya keputusan pada hari mengundi nanti yang akan memberikan jawapannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Rafizi berkata demikian selepas mengadakan program walkabout bersama calon BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Eugene Chua Meng Chong.
Beliau berkata, sepanjang bertemu pengundi, antara ungkapan yang kerap didengari ialah “good luck”, “semoga berjaya” dan “moga sukses”.
Menurutnya, ungkapan ringkas itu menunjukkan ramai pengundi mengikuti perkembangan BERSAMA dan berharap parti itu dapat memberikan saingan yang baik dalam PRN Johor.
Menurutnya, minggu terakhir kempen merupakan tempoh paling penting sebelum hari pengundian.
Katanya, baki tempoh berkempen akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk bertemu seramai mungkin pengundi, mendengar pandangan mereka serta menerangkan tawaran yang dibawa parti itu dalam pilihan raya kali ini.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment