NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tunggu Muhyiddin bentuk gabungan baharu selepas PRN



PETALING JAYA:
 PAS menunggu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menunaikan kenyataannya untuk membentuk gabungan politik baharu selepas PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos depan.

Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata langkah itu selaras dengan pendirian Muhyiddin yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) telah dirosakkan PAS.

“Kalau PN sudah rosak, tentunya beliau tidak akan terus bersama gabungan yang dianggap sudah rosak.

“Bagi saya, kita tunggu janji beliau untuk membentuk gabungan politik baharu selepas PRN Negeri Sembilan nanti,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan Muhyiddin supaya PAS keluar daripada PN kerana parti Islam itu yang memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Muhyiddin dipetik berkata PAS sepatutnya meninggalkan PN kerana parti berkenaan telah memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Bersatu mempunyai hak untuk kekal dalam PN kerana parti itu antara pengasas gabungan berkenaan.

Muhyiddin juga mengumumkan Bersatu akan membentuk sebuah gabungan politik baharu selepas PRN Negeri Sembilan dengan beberapa parti, termasuk yang bernaung di bawah Ikatan Prihatin Rakyat.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut mempersoalkan tindakan Bersatu yang masih mahu kekal dalam PN walaupun bertanding menentang calon gabungan itu pada PRN Negeri Sembilan.

Bersatu bertanding menggunakan lambangnya sendiri di 24 kerusi, termasuk lapan kawasan yang turut ditandingi calon PN.

“Kalau sudah menyerang PN, tetapi masih mahu bersama PN, ia agak janggal,” katanya yang mendakwa kempen Bersatu lebih banyak menyasarkan PAS berbanding Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

Bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, PN dan BN mencapai persefahaman untuk mengelak pertembungan, dengan BN bertanding di 25 kerusi manakala PN meletakkan calon di baki 11 kerusi.

PH pula bertanding di semua 36 kerusi.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Mohyidin lawan Tun Madey, Najib lawan Tun, Anwaq lawan Tun, Tengku li lawan Tun, Tengku abd rahman lawan Tun, fadil noq lawn Tun, nikaziz lawan Tun, satu pun orang yg tersebut tu ada rekod cemerlang mcm Tun.
    Tun waktu susan dia buka klinik rawat orang, orang miskin Tun tak amik duit, sesetengah ostaq ada yg jual air jampi.
    Tun masa kanak² jual goreng pisang menurut cerita... jadi Tun adalah manusia jenis bekerja bukan makan duit derma.
    Dan Tun adalah satu²nya sbgai pelajar yg hadir demo untuk menuntut kemerdekaan dari inggris di Singapura ...
    Orang Malaysia yakni "melayu" khususnya tak ada cukup iq untuk menilai jasa Tun.

    Alahyarham Mat Kilau katanya tak iktiraf apa yg kononnya kemerdekan pada 31 ogos 1957 tu, dan dalam buku sejarah sekolah pd tahun 50an 60an Mat Kilau disebut sebagai penderhaka. manaka yg mesra inggris disebut sebagai pejuang.

    Jugak mutakhir ni ada pula golongan melayu yg sebut kominih tu sbgai "pejuang" .
    Haru geng yg ni nih haru.

    Inilah dunia.. kalau benda betul disebut nanti ada yg akan marah, katanya benda gini takleh diskas, takilut orang yg hati tisu tandas rasa hati.

    .

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo