NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tidak perlukan ‘kerusi hadiah’ Johor – TG Haji Hadi



Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata pendirian itu menjadi sebab parti berkenaan sanggup berkorban demi memastikan agenda perpaduan Melayu Islam terus diperkukuhkan.

“PAS tidak memerlukan sebarang kerusi hadiah daripada Johor. Apa yang paling diharapkan oleh PAS ialah perpaduan Melayu Islam yang memimpin negara Malaysia yang tercinta ini bersama bukan Islam yang tidak ekstrem dalam masyarakat majmuk,” katanya dalam kolum Minda Presiden PAS di Facebook, hari ini.

Abdul Hadi berkata, atas semangat tersebut, PAS sebelum ini membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tanpa meletakkan kepentingan politik parti sebagai keutamaan.

Sehubungan itu, katanya PAS bersyukur kerana Johor kekal dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam dan berjaya menghalang DAP mencapai hasrat untuk menguasai negeri itu.

Beliau berharap akan lahir lebih ramai pemimpin UMNO yang mengutamakan perpaduan umat Islam dan Melayu demi mempertahankan kedudukan Islam, orang Melayu, Bumiputera serta institusi Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Abdul Hadi turut mendakwa terdapat pihak yang menyebarkan propaganda Islamofobia bagi memburukkan imej PAS susulan peningkatan sokongan terhadap parti itu dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

Katanya, PAS akan terus berpegang kepada pendekatan politik yang berpandukan Perlembagaan Persekutuan serta mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping menjamin hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo