NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langkawi bukan Phuket atau Bali, titah Sultan Kedah



BANGI, 19 Muharram — Sultan Kedah menggesa pembangunan Pulau Langkawi perlu mengikut acuan tempatan tanpa dibandingkan dengan konsep yang terdapat di Phuket, Thailand atau Bali, Indonesia.  

Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah Pulau Langkawi mempunyai keunikan tersendiri tanpa perlu dibandingkan dengan syurga percutian lain, lapor Berita Harian.  

“Beta mahu pembangunan Pulau Langkawi dibentuk mengikut acuan dan identiti tersendiri, tanpa meniru atau membandingkannya seperti Phuket atau Bali. 

“Kekuatan sebenar Langkawi terletak pada khazanah alam semula jadi dan warisan unik yang dimilikinya. Justeru, aset berharga ini wajib dipelihara dan dibangunkan secara lestari,” titahnya.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Pengurniaan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran Kedah 2026 di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sultan Kedah menggesa kerajaan persekutuan mengkaji semula kadar bayaran pajakan Pulau Pinang mengikut kadar semasa.

Titah baginda, bayaran baharu pajakan Pulau Pinang perlu berpandukan semangat asal perjanjian dengan mengambil kira nilai semasa yang perlu dibayar dengan harga lebih tinggi. 

“Bayaran pajakan Pulau Pinang yang diterima oleh kerajaan beta adalah berasaskan perjanjian yang sudah lama dimeterai. 

“Namun, kadar yang dibayar pada masa ini jauh lebih rendah berbanding nilai sewajarnya. 

“Beta ingin memperingatkan akan hak dan kedaulatan negeri Kedah, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, hendaklah dihormati oleh semua pihak,” titahnya. 


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo