SHAH ALAM – Dalam keadaan mendesak, bendera Barisan Nasional (BN) digunakan sebagai anduh sementara bagi menyokong tangan seorang wanita yang dipercayai cedera dalam kemalangan jalan raya sebelum mendapatkan bantuan perubatan.
Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Hj Asna milik calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin, memaparkan suasana selepas kemalangan yang dipercayai membabitkan sebuah Toyota Alphard dan Perodua Axia.
Rakaman berdurasi lebih seminit itu menunjukkan beberapa mangsa diberikan bantuan awal termasuk seorang wanita yang tangannya disokong menggunakan bendera BN.
Selain memberikan bantuan awal, Mohd Asna turut dilihat menenangkan mangsa sebelum segera menghantar mereka ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama video tersebut, Mohd Asna memaklumkan kejadian itu berlaku ketika berkempen.
"Satu lokasi kempen ke lokasi yang lain, melibatkan sebuah keluarga. Saya terus membantu menghantar mereka ke klinik kesihatan berhampiran.
"Saya doakan semoga ALLAH mengurniakan kesembuhan buat mereka," tulisnya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment