NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli



SHAH ALAM - Dakwaan Ketua Penerangan Parti Bumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz kononnya keputusan Pas menghentikan kerjasama politik dengan parti berkenaan tidak dipersetujui sepenuhnya Majlis Syura Ulamak adalah tidak berasas.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari turut meminta Tun Faisal untuk menamakan pihak yang dikatakan kem ulama yang tidak bersetuju.

“Apa benda yang kamu merepek ni? Buang masa sahaja layan orang macam ni,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Tun Faisal dalam satu kenyataan mendakwa pihaknya menerima maklumat sejak awal berkenaan percanggahan pandangan antara kem majlis syura atau kem ulama dengan kem teknokrat yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Katanya lagi, difahamkan kem ulama dalam majlis syura berpandangan tidak wajar untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu kerana pertelingkahan dengan Bersatu dianggap mudarat kecil berbanding tindakan-tindakan yang membolehkan Pakatan Harapan (PH) dan DAP terus memegang kuasa yang dianggap sebagai mudarat besar.

Pas pada Isnin mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Bersatu.

Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo