NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada perbincangan mengenai Muafakat Nasional 2.0 setakat ini - Ahmad Zahid



PUTRAJAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara UMNO dan Pas, setakat ini.

"Tidak ada perbincangan mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pameran Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya di sini pada Jumaat.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini keutamaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara menerusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH) serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

"Yang paling penting ialah terus mengekalkan kerajaan yang ada ini sehingga akhir penggal Parlimen ke-15," katanya.

Pada Khamis, Dewan Pemuda Pas Malaysia mengajak UMNO untuk kembali menghidupkan kerjasama politik melalui MN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pertemuan politik UMNO dan Pas yang diadakan malam semalam tidak melibatkan presiden-presiden parti, sebaliknya lebih tertumpu kepada soal kolaborasi politik dan agenda nasional.

Beliau berkata, politik bersifat dinamik dan BN sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan politik mahupun agenda nasional demi memastikan kestabilan negara tidak tergugat. - Bernama








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo