PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan dan terbuka untuk meneruskan kerjasama bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan di negeri itu, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid bagaimanapun menegaskan masih terlalu awal untuk mengadakan rundingan rasmi mengenainya.
"Kita bersedia menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan ini… tentunya kita sangat terbuka untuk terus mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” katanya selepas membuat lawatan ke tapak pameran Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya di sini pada Jumaat.
Pada Khamis, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRN ke-16.
PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan BN membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.
Dalam pilihan raya itu, PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.
Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada PRN selepas Johor, yang berbuat demikian pada Isnin lepas. - Bernama
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment