NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putus hubungan dengan Bersatu: Kem ulama tak setuju keputusan kem teknokrat dalam Pas?



KUALA LUMPUR – Keputusan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi didakwa tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Majlis Syura Ulamak Pas.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, sejak awal lagi pihaknya menerima maklumat mengenai percanggahan pandangan antara kem majlis syura atau kem ulama itu dengan kem teknokrat yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.


Menurutnya, difahamkan kem ulama dalam majlis syura berpandangan tidak wajar untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu kerana pertelingkahan dengan Bersatu dianggap mudarat kecil berbanding tindakan-tindakan yang membolehkan Pakatan Harapan (PH) dan DAP terus memegang kuasa, yang dianggap sebagai mudarat besar.

“Saya difahamkan oleh rakan-rakan dalam Pas, berkemungkinan Majlis Syura Ulamak Pas tidak mahu bertanggungjawab untuk membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu.

“Disebabkan ini mereka menyerahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, keputusan Pas untuk menghentikan kerjasama dengan Bersatu difahamkan tidak diterima secara sebulat suara.


Menurut sumber, terdapat beberapa ahli Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada mesyuarat malam tadi menyuarakan pandangan berbeza terhadap keputusan berkenaan. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo