NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Negeri Sembilan: Berjasa sasar 15 kerusi DUN, namun tertakluk rundingan dengan Pas



SEREMBAN - Parti Berjasa Malaysia (Berjasa) menyasarkan untuk bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya, Zaimuni Ibrahim berkata, jumlah akhir kerusi yang akan ditandingi masih tertakluk kepada rundingan bersama parti-parti lain yang menjalinkan kerjasama dengan mereka, khususnya Pas.

"Kita menyambut kerjasama pilihan raya bersama Pas dan perkara ini akan dibincangkan secara terperinci. Berjasa perlu mengemukakan terlebih dahulu jumlah kerusi DUN yang kita sasarkan.

"Nanti kita akan memuktamadkannya bersama parti-parti rakan yang akan bersama-sama dalam usaha merebut kuasa di Negeri Sembilan," katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Jentera Pilihan Raya Berjasa Negeri Sembilan di sini pada Rabu.

Menurutnya, perkara yang lebih penting ialah memastikan tidak berlaku pertindihan kerusi antara Berjasa dengan parti-parti yang menjalin kerjasama bagi mengelakkan berlakunya perpecahan undi.

"Kita tidak mahu bertanding dalam keadaan kita banyak memecahkan undi. Tapi kami sasarkan 15 kerusi DUN dan setelah dipersetujui bersama rakan-rakan parti lain, itulah keputusannya.

"Sebahagian besar DUN telah pun kita kenal pasti, tapi saya tak dapat putuskan lagi sebab kita terikat dengan perbincangan,"katanya.

Mengulas mengenai pemilihan calon, beliau berkata, parti itu akan memberi keutamaan kepada pemimpin dan ahli Berjasa sendiri yang mempunyai kelayakan serta rekod yang baik.

Tambahnya, walaupun terdapat individu daripada parti lain yang berminat untuk bertanding menggunakan platform Berjasa, parti itu lebih cenderung memilih calon daripada kalangan ahlinya sendiri.

"Kita mempunyai ramai tokoh dalam parti, termasuk doktor, jurutera, pesara kerajaan, golongan profesional dan agamawan yang berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon," katanya.

Beliau turut mengesahkan akan bertanding pada PRN Negeri Sembilan, namun DUN yang bakal ditandingi masih belum diputuskan dan bergantung kepada hasil rundingan kerjasama politik yang sedang berlangsung.

Dalam pada itu, Zamani turut memaklumkan bahawa parti terbabit tidak bertanding di negeri Johor pada PRN kali ini sebaliknya akan memberi tumpuan membantu gerak kerja pilihan raya melalui jentera di sana.

Berkenaan logo yang akan digunakan pada PRN, beliau berkata, ia masih belum diputuskan dan tertakluk dengan rundingan bersama Pas.


Sumber | Sinar Harian











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo