NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chegubard sedia bertanding PRN Negeri Sembilan



PORT DICKSON - Pengerusi Penaja Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyat akan kesediaannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri berkenaan.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan, namun turut terbuka sekiranya tidak dicalonkan.

"Saya boleh saja bertanding dan tidak bertanding. Saya orang parti, kalau parti arahkan saya bertanding di Gemas, misalnya saya akan bertanding di sana, tidaklah di Port Dickson.

"Kalau parti arah saya bertanding di Port Dickson, saya bertanding di sanalah Tapi ia semua bergantung kepada rundingan dan pendekatan utama kita ialah menyatukan kekuatan," katanya pada sidang media khas parti Wawasan Negeri Sembilan di sini pada Rabu.

Menurutnya, kepentingan parti adalah lebih utama berbanding kepentingan individu, sekali gus memastikan kemenangan pada pilihan raya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa parti berkenaan bukan 'Bersatu 2.0' atau diwujudkan bertujuan untuk memecahkan undi.

"Wawasan bukanlah seperti yang sering dikatakan untuk memecahkan undi dan sebaliknya, tapi memastikan kestabilan negeri dan negara.

"Wawasan menjadi jambatan untuk menyatupadukan semua pihak bagi mendepani Pakatan Harapan (PH) yang gagal mengurus tadbir negara dan negeri," katanya.

Ditanya berkenaan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti terbabit, beliau berkata, ia bukan menjadi keutamaan sebaliknya memastikan semua parti selain daripada PH dapat membina sebuah kerajaan yang stabil dan kuat.

Beliau turut memberi bayangan bahawa parti tersebut akan bertanding menggunakan logo gabungan.

"Insya-ALLAH, kita akan bertanding dengan bergabung menggunakan logo gabungan dan sedang meneroka pelbagai ruang," katanya.

Untuk rekod, Chegubard sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu), namun dipecat pada Mac lalu.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo