JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) menampilkan 13 muka baharu daripada 19 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 17 Julai ini.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hanya enam atau tujuh calon merupakan calon terdahulu manakala selebihnya calon baharu.
“Daripada muka-muka baharu ini separuh daripadanya adalah orang muda manakala calon wanita ada dua orang,” katanya.
Beliau berkata demikan ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Johor (Zon Selatan) di Taman Universiti di sini malam ini.
Turut hadir Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat.
Mohamad berkata, kebanyakan calon berkenaan adalah anak tempatan.
Jelasnya, Amanah menyasarkan enam kerusi di bahagian utara Johor sementara di empat atau lima kerusi di sebelah pantai timur Johor.
Terdahulu ketika berucap, Mohamad mahu semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) tidak lagi mempertikai calon-calon gabungan itu apabila diumumkan Pengerusi PH pada Isnin ini.
Jelasnya, semua pihak perlu bersatu hati sebagai satu pasukan PH dan membantu mana-mana calon yang akan diketengahkan nanti.
Beliau mengakui akan ada pihak yang akan merajuk dan semua perbezaan perlu ditamatkan untuk memastikan dan memenangkan calon PH.
“Kita bina perpaduan dan harapkan kekal untuk kestabilan,” tambahnya.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment