Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata mesyuarat itu yang dipengerusikan Aminuddin selaku pengerusi PH negeri diadakan susulan pembubaran DUN Johor petang semalam.
“Ia adalah mesyuarat biasa, bukan mesyuarat khas, ia dinamakan tergempar kerana notis singkat, selepas pembubaran DUN Johor petang semalam.
“Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang harmoni dengan semangat kekeluargaan. Kami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihanraya PH untuk PRN yang bakal menjelang,” kata CHa yang juga Ahli Parlimen Rasah di Facebook.
Sementara itu, Adun Sri Tanjung dari PKR G Rajasekaran berkata sesi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir oleh menteri besar esok adalah satu kelaziman menjelang majlis mesyuarat kerajaan negeri.
“Semoga sesi menghadap esok berjalan dengan lancar dan membawa limpah rahmat, hidayah, serta keputusan yang terbaik demi masa depan Negeri Sembilan yang aman, harmoni, dan sejahtera,” katanya di Facebook.
Pagi tadi, pemimpin dan Adun PH Negeri Sembilan dilaporkan berkumpul di kediaman rasmi menteri besar bagi membincangkan perkembangan semasa berkenaan negeri itu.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Shahir Md Shah juga memaklum Aminuddin akan menghadap Tuanku Muhriz, iaitu rutin mingguan sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment