NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Onn Hafiz kekal ‘poster boy’ BN untuk PRN Johor



PETALING JAYA:
 Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi, berkata Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, akan kekal sebagai ‘poster boy’ gabungan itu bagi PRN Johor.

Zahid turut berkata BN beriltizam untuk memenangi lebih 40 kerusi DUN pada PRN kali ini, mengatasi rekod dicapai pada 2022, lapor Bernama.

Dalam PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi, manakala Pakatan Harapan memperoleh 12 kerusi. Perikatan Nasional memenangi tiga kerusi dan Muda satu kerusi.

Bulan lalu, Onn Hafiz berkata BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor.

Zahid turut berkata Onn Hafiz mengemukakan senarai calon untuk PRN itu, dan menambah senarai itu akan dimuktamadkan setelah beliau mengadakan perbincangan bersama pimpinan parti komponen BN.

“Calon-calon dalam peringkat penilaian,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

DUN Johor secara rasmi dibubarkan semalam, sekali gus membuka laluan kepada PRN Johor ke-16 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo