NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beri peranan lebih besar kepada negeri dalam hal kesihatan, pendidikan, kata penyelidik



GEORGE TOWN:
 Putrajaya disaran mempertimbangkan peranan lebih besar oleh pihak negeri-negeri dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam terpilih, menurut penyelidik dari institusi pemikir dasar di Singapura.

Francis Hutchinson, felo kanan di Institut ISEAS-Yusof Ishak, berkata langkah ini tidak memerlukan kerajaan persekutuan melepaskan kawalan ke atas pembiayaan.

Sebaliknya, Putrajaya boleh membiayai perkhidmatan utama manakala kerajaan negeri tangani pelaksanaan, memandangkan pihak negeri lebih dekat dengan keperluan tempatan.

“Apabila kita membincangkan tentang tanggungjawab, tidak bolehkah kita berfikiran lebih terbuka bahawa kita boleh memisahkan penyediaan hasil dengan penyampaian perkhidmatan?” katanya sempena forum mengenai hubungan persekutuan-negeri di Penang Institute.

Hutchinson menerangkan aturan sedemikian bukan perkara baharu, menyatakan kerajaan negeri pernah menguruskan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan antara tahun 1948 dan 1957 dengan menggunakan dana persekutuan.

“Jadi ini bukanlah sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Beliau menambah perkhidmatan tidak sepatutnya dilihat secara mutlak sebagai tanggungjawab persekutuan atau negeri, sebaliknya mencadangkan pendekatan berlapis.

Sebagai contoh, sektor pendidikan boleh dikongsi merentasi peringkat, seperti sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, bergantung pada kesesuaian pentadbiran.

Beliau menambah pendekatan sama boleh digunakan dalam sektor pengangkutan: jalan raya yang menelan kos tinggi boleh kekal bawah Putrajaya, manakala negeri atau majlis tempatan boleh mengendalikan pengangkutan awam dan penggunaan jalan raya.

Malaysia beroperasi bawah sistem persekutuan yang secara meluas dianggap sebagai sangat terpusat (centralised), dengan kuasa-kuasa utama ke atas percukaian, pendidikan dan kesihatan. Dasar-dasar besar digubal oleh kerajaan persekutuan.

Isu ini juga dalam skop perbincangan yang lebih luas mengenai keseimbangan kuasa antara persekutuan dan negeri, termasuk tuntutan berterusan daripada Sabah dan Sarawak untuk autonomi pentadbiran yang lebih besar.

Hutchinson berkata negeri-negeri pada masa ini mempunyai perlindungan yang terhad dalam sistem persekutuan, dan tiada mekanisme jelas yang wujud untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Peraturan yang lebih jelas akan membolehkan negeri-negeri diberikan lebih fleksibiliti tanpa melemahkan sistem persekutuan, katanya.

Sumber | FMT Malaysia









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo