SHAH ALAM - Model subsidi di Malaysia masih relevan untuk dikekalkan, namun memerlukan penstrukturan semula secara menyeluruh.
Langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaannya lebih bersasar kepada golongan benar-benar memerlukan dan tidak lagi bersifat pukal.
Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pendekatan subsidi sedia ada masih boleh dianggap mampan sekiranya ditambah baik melalui kaedah lebih bersasar.
Mengulas sama ada model subsidi Malaysia masih mampan dalam keadaan ekonomi semasa, beliau menegaskan, ia masih boleh diteruskan dengan syarat distrukturkan semula.
“Model ini masih mampu mampan jika distrukturkan supaya lebih berfokus untuk golongan yang layak dan tidak lagi bersifat pukal,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas kesan jangka panjang jika subsidi terus dikekalkan, beliau menjelaskan kerajaan berdepan risiko tekanan fiskal yang boleh meningkatkan tahap keberhutangan Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, pengurangan subsidi secara menyeluruh bukan penyelesaian mutlak kerana rakyat masih boleh menikmati kualiti hidup yang baik sekiranya bantuan disalurkan secara bersasar kepada kumpulan layak.
Beliau turut mencadangkan alternatif seperti pelaksanaan sistem netting atau muqassah iaitu bantuan tunai yang digantikan dengan e-baucar.
Melalui mekanisme tersebut, katanya, peniaga yang menerima e-baucar boleh menolak amaun berkenaan daripada komitmen cukai perniagaan mereka.
"Kaedah ini juga mampu mengurangkan keperluan kerajaan untuk menambah hutang tambahan bagi tujuan bantuan fiskal tunai," katanya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment