NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi bakal hilang Pandan seperti Azmin tewas di Gombak - AMK P.Pinang



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli berdepan risiko kehilangan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU-16) akan datang sekiranya PKR menampilkan calon berprofil tinggi untuk mencabarnya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, senario itu dilihat tidak mustahil berlaku berdasarkan nasib menimpa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang gagal mempertahankan Parlimen Gombak pada PRU15 lalu.

Menurutnya, Mohamed Azmin yang pernah menguasai Gombak selama tiga penggal atas tiket Pakatan Harapan (PH) akhirnya tewas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagaimanapun, katanya, terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai peluang Rafizi kerana Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang diterajuinya masih baharu dan belum benar-benar diuji dari segi kekuatan akar umbi serta jentera pilihan raya.

“Buat masa sekarang terlalu awal untuk saya katakan beliau akan tewas di Pandan. Partinya terlalu baharu dan belum teruji tahap kekuatan akar umbi, jentera dan sebagainya.

“Tetapi jika PKR meletakkan satu figura yang kuat bertanding di kawasan tersebut, saya yakin Rafizi akan tewas dengan majoriti tipis,” katanya hari ini.

Pada PRU-15, Azmin gagal mempertahankan Parlimen Gombak selepas tewas kepada Amirudin yang mewakili PH dengan majoriti 12,729 undi.

Amirudin memperoleh 72,267 undi menewaskan Mohamed Azmin yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dengan 59,538 undi.

Turut bertanding ketika itu ialah Datuk Megat Zulkarnain Omardin daripada Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 30,723 undi, Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Pejuang) dengan 2,223 undi serta calon Bebas, Ir. Zulkifli Ahmad yang meraih 675 undi.

Muhammad Zakwan berkata, faktor lokaliti Pandan sebagai kawasan bandar juga memainkan peranan penting kerana pengundinya cenderung memilih parti yang stabil, kuat dan diyakini mampu membentuk kerajaan.

“Jika dilihat dari sudut kekuatan pengaruh politik, Azmin dan Rafizi mempunyai kekuatan yang hampir sama,” katanya. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo