NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasukan petugas khas pantau penggunaan tenaga, air industri pusat data - Gobind



PETALING JAYA - Kerajaan memberi jaminan pembangunan industri pusat data di negara ini dipantau secara menyeluruh termasuk melibatkan aspek penggunaan tenaga dan bekalan air menerusi pasukan petugas khas pusat data yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pasukan petugas yang dipengerusikan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tersebut berperanan meneliti pelbagai isu berkaitan pembangunan pusat data termasuk kecukupan tenaga, sumber air dan teknologi generasi baharu.

Menurutnya, kebimbangan terhadap penggunaan utiliti oleh pusat data sememangnya antara isu utama yang sering dibincangkan bersama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri.

"Kami melihat kepada kecukupan bekalan tenaga. Terdapat perbincangan mengenai bekalan tenaga alternatif.

"Begitu juga apabila melibatkan air, terdapat perbincangan dengan pihak berkuasa sama ada kita mempunyai bekalan yang mencukupi,” katanya pada sidang media pelancaran pusat data KL1 Kuala Lumpur milik NEXTDC di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang membangunkan kerangka tadbir urus bagi memastikan pembangunan pusat data dan ekosistem kecerdasan buatan (AI) berlangsung secara selamat serta mampan untuk jangka panjang.

Gobind berkata, pembangunan teknologi generasi baharu memerlukan negara bersedia lebih awal termasuk dari segi infrastruktur, bakat dan peluang pekerjaan baharu.

"Kita perlu mula membina sekarang. Kami juga perlu memastikan negara mempunyai bakat yang mencukupi untuk peluang pekerjaan baharu yang kita jangka ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan NEXTDC, Craig Scroggy menjelaskan, pusat data KL1 Kuala Lumpur dibangunkan tanpa menggunakan air terawat bagi operasi penyejukan fasiliti tersebut.

Katanya, syarikat tersebut memilih sistem penyejukan ‘liquid direct-to-chip’ berasaskan gelung tertutup yang menggunakan air kitar semula dan tidak perlu diisi semula secara berterusan.

Keputusan tersebut dibuat selepas NEXTDC mendapatkan pandangan serta sokongan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri untuk memahami kapasiti sumber tempatan sebelum pembangunan fasiliti dijalankan.

"Kami tidak membangunkan infrastruktur digital yang menggunakan air terawat.

"Kami mahu membina infrastruktur yang paling mampan dan memenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi moden,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kesan konflik Asia Barat ketika ini memberi kesan yang sangat minimum terhadap kos pembangunan pusat data KL1 Kuala Lumpur kerana sebahagian besar komponen dan rantaian bekalan projek berkenaan diperoleh menerusi pengeluar tempatan serta import dari China ke Malaysia.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo