KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi 3, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Mohd Amin Abdul Mem mengumumkan peletakan jawatannya, sekali gus mengiystiharkan keluar parti itu serta-merta.
Serentak itu, beliau turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Semporna.
“Dengan rasa rendah diri, saya menyatakan peletakan jawatan saya sebagai Ketua Cabang Keadilan Semporna, Naib Pengerusi MPN PKR Sabah, dan semua jawatan lain dalam parti.
“Saya juga memohon untuk keluar daripada keahlian Parti Keadilan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Terdahulu, Mohd Amin berkata, beliau berpandangan PKR hari ini berubah rentak sedikit, daripada yang dahulunya berani, tegas, jujur dan berprinsip, kini kepada kompromi, politiking dan memilih.
Jelas beliau, ini berlaku kerana strategi telah diubah atas faktor perkongsian kuasa dalam kerajaan semasa, Kerajaan Perpaduan.
“Lebih sukar bila watak-watak pimpinan diluar rantaian reformasi sudah hampir mendominasi parti. Kegagalan Keadilan di PRN Sabah lalu menyimpan banyak luka, hingga hari ini tiada pertanggungjawaban selain tumpah salahnya ke cabang-cabang juga.
“Keyakinan saya ialah Keadilan sudah berada di tahap maksima dalam usaha meletakkan reformasi di persadanya.
“PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah dikelilingi oleh lapisan-lapisan yang cuba menutup ruang tuntutan reformasi sebenar, sementara kebanyakan kita hanya mampu melihat, menerima dan mengulas di balik pintu,” katanya.
Sementara itu, tambahnya, beliau turut berpandangan kewujudan Parti Bersama Malaysia (Bersama) di bawah pengaruh Datuk Seri Rafizi Ramli dan kumpulannya adalah kesinambungan daripada idealisme besar perjuangan reformasi, dengan pendekatan dan versi yang baharu, tanpa kompromi, politiking dan memilih.
“Walaupun pandangan ini tearlalu awal dilontarkn berbanding usia Parti Bersama Malaysia yang hanya semalam, biarlah ia menjadi antara beberapa garapan harapan terpendam untuk didengar oleh Rafizi bersama rakan-rakannya bergerak ke hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment