NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Nilai Semula Kerjasama Dengan Bersatu Menjelang PRU16

Parti Islam Se-Malaysia akan menilai semula bentuk kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), susulan beberapa perkembangan mutakhir melibatkan hubungan kedua-dua parti dalam gabungan Perikatan Nasional.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedang mengkaji semua aspek kerjasama sedia ada berdasarkan pengalaman pilihan raya lalu serta perkembangan politik semasa.

Menurut beliau, PAS tidak mahu terburu-buru membuat keputusan, namun tetap akan mempertimbangkan segala kemungkinan termasuk bergerak tanpa Bersatu sekiranya tiada persefahaman dapat dicapai.

“Kita akan kaji satu persatu apa yang akan berlaku selepas ini. Semua aspek akan dilihat termasuk kesan positif dan negatif terhadap kerjasama sedia ada.

“Kita sabar, kita tidak kecewa tetapi sabar ada batas,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Rusila, Marang.

Dalam sidang media itu juga, beliau memberi bayangan bahawa PAS mahu memastikan kerjasama politik yang dibentuk benar-benar memberi manfaat kepada perjuangan parti dan kestabilan gabungan pembangkang menjelang PRU16.

Kenyataan tersebut dilihat sebagai isyarat jelas bahawa PAS sedang menilai semula hala tuju politiknya dalam PN, termasuk struktur kerjasama dan pembahagian peranan antara parti-parti komponen.

Video sidang media penuh:

https://youtu.be/KrP1P4ykVqw?si=5nA3TGrrlnAtcajw


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo