NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA persoal motif DAP mahu masukkan “jasa” dalam buku Sejarah



  • Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mempersoalkan dakwaan bahawa DAP merupakan antara parti yang berjasa dalam perjuangan negara memandangkan parti itu menurutnya belum wujud ketika era kemerdekaan.
  • “Saya nak tanya secara jujur, apa sebenarnya sumbangan besar DAP dalam pembinaan negara? Sebelum merdeka, DAP belum wujud. Masa memperjuangkan merdeka, DAP belum ditubuhkan,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pemuda MCA mempersoalkan cadangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang didakwa mahu memasukkan sumbangan dan jasa DAP dalam buku sejarah negara sebagai “pejuang negara”.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, tindakan tersebut menimbulkan persoalan mengenai peranan sebenar DAP dalam sejarah pembinaan negara.

“Bos DAP yang juga Menteri, Anthony Loke, mahu masukkan sumbangan dan jasa DAP dalam buku sejarah, kononnya sebagai pejuang negara. Uish, baru berkuasa sepenggal dua. Pemimpin DAP nampaknya sudah tunjuk belang mereka,” katanya menerusi satuvideo di media sosial.

Saw turut mempersoalkan dakwaan bahawa DAP merupakan antara parti yang berjasa dalam perjuangan negara memandangkan parti itu menurutnya belum wujud ketika era kemerdekaan.

“Saya nak tanya secara jujur, apa sebenarnya sumbangan besar DAP dalam pembinaan negara?

Sebelum merdeka, DAP belum wujud. Masa memperjuangkan merdeka, DAP belum ditubuhkan,” katanya.

Tambah Saw, pelbagai pihak daripada pelbagai kaum telah lama berkorban dalam membangunkan negara termasuk di kawasan luar bandar sejak era awal kemerdekaan.

“Masa negara baru merdeka, siapa yang turun bangunkan luar bandar? Siapa buka FELDA? Siapa bina sekolah, jalan kampung dan klinik desa? Siapa bentuk asas pentadbiran negara? DAP ke mana?” soalnya menerusi satu kenyataan video di media sosial.

Beliau berkata, sejarah negara tidak seharusnya tertumpu kepada naratif perjuangan mana-mana parti politik semata-mata.

Saw turut menegaskan bahawa sejarah negara bukan milik eksklusif mana-mana parti dan tidak wajar dijadikan medium “branding politik”.

“Sejarah negara bukan milik satu parti. Takkan nak tukar buku sejarah jadi bahan branding politik,” katanya lagi.

Beliau turut mendakwa generasi muda hari ini memerlukan fokus terhadap masa depan negara dan bukannya dipengaruhi unsur propaganda politik.-The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo