NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua cabang keluar parti tidak gugat kestabilan PKR Sabah - AMK Sabah



KOTA KINABALU – Tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran dan Semporna keluar daripada parti langsung tidak menggugat kestabilan kepimpinan PKR di negeri ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil berkata, pihaknya mengambil maklum tindakan dua Ketua Cabang PKR yang mengambil keputusan keluar daripada parti baru-baru ini.

“AMK Sabah ingin menegaskan bahawa perkara tersebut sedikit pun tidak menggugat kekuatan organisasi, semangat perjuangan mahupun kestabilan kepimpinan PKR di Sabah.

“Malah, 25 Ketua AMK Cabang di seluruh Sabah terus kekal teguh berdiri memberikan sokongan penuh kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah Zaidi, AMK Sabah percaya bahawa dalam sebuah parti demokratik, perbezaan pandangan dan keputusan politik merupakan perkara biasa.

“Namun begitu, keutamaan pada ketika ini bukanlah untuk melayani polemik politik yang berpanjangan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Justeru, seluruh jentera AMK Sabah akan terus memperkukuh gerak kerja organisasi, mendekati anak muda, memperhebat agenda penerangan serta memperkukuh kesiapsiagaan jentera di semua peringkat.

“Fokus utama kami adalah memastikan PKR terus menjadi wadah perjuangan rakyat yang konsisten membawa agenda reformasi, kestabilan dan masa depan yang lebih baik untuk Malaysia serta Sabah khususnya,” katanya.

Sehubungan itu, AMK Sabah menyeru agar semua pihak mengamalkan politik yang matang, beretika dan tidak terjebak dengan budaya serangan peribadi atau fitnah yang hanya melemahkan keyakinan rakyat terhadap politik negara.

“Pada masa yang sama, AMK Sabah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan pimpinan yang mengambil keputusan meninggalkan parti atas segala sumbangan, jasa dan bakti yang pernah dicurahkan sepanjang bersama perjuangan PKR.

“Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan. AMK Sabah akan terus mara ke hadapan dengan semangat solidariti, kesetiaan dan iltizam untuk memperkukuh perjuangan parti demi rakyat dan masa depan negara,” katanya.

Sebelum itu, dua Ketua Cabang tersebut iaitu Razeef Rakimin dan terbaharu, Mohd Amin Abdul Mem yang juga Naib Pengerusi PKR Sabah melepaskan jawatan dan mengumumkan keluar daripada parti.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo