NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu UEC cetus kebimbangan terhadap asas pendidikan nasional



BANGI, 5 ZULHIJJAH – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melahirkan kebimbangan terhadap isu berkaitan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang didakwa boleh memberi kesan kepada asas pendidikan nasional negara.

Presidennya, Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat berkata, isu tersebut bukan sekadar melibatkan kelayakan akademik, sebaliknya menyentuh dasar pendidikan negara, identiti kebangsaan, perpaduan rakyat serta kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menurut beliau, terdapat percanggahan dalam pendirian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung isu berkenaan.

“Pada Disember 2025, KPT sendiri menegaskan bahawa isu pengiktirafan UEC perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kedudukan Bahasa Melayu,” katanya. 

Beliau berkata, walaupun kenyataan terbaharu berkaitan laluan UEC ke IPTA tidak menggunakan istilah “pengiktirafan penuh”, ia tetap dilihat sebagai pengiktirafan secara berperingkat terhadap sistem berkenaan.

Walhal, katanya, pendidikan memainkan peranan besar dalam membentuk identiti rakyat, bahasa bersama, kefahaman sejarah, semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara.

“Apabila asas ini semakin dilonggarkan, negara sedang membuka ruang kepada perpecahan identiti dalam generasi akan datang,” katanya.

Ustaz Shuhaib turut menyatakan kebimbangan terhadap risiko dualisme dalam sistem pendidikan negara serta polarisasi kaum yang dikatakan semakin melebar.


Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo