NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Riuh satu negara, calon UEC tanpa SPM cuma 0.5 peratus - Dr Anuar Ahmad




BANGI, 7 Zulhijjah — Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) mempersoalkan tindakan kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Timbalan pengarahnya, Dr Anuar Ahmad berkata calon UEC yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sangat kecil berbanding calon arus perdana.

“Data calon UEC 2020-2025 menunjukkan secara purata hanya sekitar 2,000 orang sahaja yang ambil UEC tetapi tidak menduduki SPM setiap tahun.

“Sebahagian besar mereka yang tidak menduduki SPM memang merancang untuk sambung belajar di luar negara khususnya universiti di Taiwan.

“Dalam bentuk peratusan, maksudnya kurang 20 peratus sahaja tidak menduduki SPM. Manakala lebih 80 peratus atau majoriti calon UEC memang menduduki SPM,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pengiktirafan kerajaan terhadap UEC. 

Katanya, isu UEC hanya membabitkan 2,000 calon berbanding lebih 400,000 murid termasuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) yang menduduki SPM.

“Bila majoriti calon UEC memang mengambil SPM sebagai peperiksaan awam, hanya 0.5 peratus sahaja yang tidak mengambil SPM, mengapa kerajaan perlu mengiktiraf UEC?

“Mengapa disediakan laluan khas? Atas asas apa? Bukankah sijil SPM yang mereka ada sudah memadai untuk mereka mohon ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)?

“Jadi, mengapa kerana hanya 2,000 pelajar yang tidak berminat dengan SPM atas pilihan mereka sendiri, riuh satu negara?” soalnya.

Anuar berkata persoalan timbul apabila hanya 0.5 peratus yang sebahagiannya merancang belajar di luar negara tetapi diberi laluan khas ke IPTA.

Katanya, Dasar Pendidikan Kebangsaan perlu diutamakan dengan calon SPM dan STPM diberikan tempat sewajarnya ke IPTA.

“Dari segi data, isu UEC memang kecil. Melibatkan sekitar 2,000 murid Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang tidak mengambil SPM sahaja setiap tahun.

“Yang lain sememangnya sudah menduduki SPM. Maka mereka layak memohon apa juga bidang di IPTA dengan menggunakan sijil SPM. Tanpa perlu UEC diiktiraf.

“Jadi, apa lagi yang masih tidak memuaskan hati Dong Zong dan para penyokong pengiktirafan UEC?” soalnya. 


Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo