KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli meminta Datuk Fuziah Salleh yang mendakwa ada bukti beliau menyertai Parti BERSAMA sebelum letak jawatan ahli Parlimen mengemukakannya ke mahkamah.
“Saya tahu Setiausaha Agung PKR (Fuziah) sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cubalah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia.
“Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai,” katanya dalam hantaran media sosialnya.
Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR.
Rafizi juga ada menasihati ahli-ahli PKR.
“Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat,” katanya.
“Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat,” katanya.
Rafizi telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR.
“Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
“Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang.
“Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat,” katanya.
Mengenai persoalan sama ada Rafizi mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya umum selepas ini kerana
peruntukan ahli Parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding lima tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti.
Mengenai pilihan raya kecil (PRK) ia bergantung kepada Speaker Dewan Rakyat walaupun mengikut Perlembagaan tidak perlu diadakan PRK jika kekosongan berlaku selepas tiga tahun.
“Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker.
“Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit.
“Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli Parlimen itu mengosongkan kerusi Parlimen sebelum keluar parti,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment