Ketua Pembangkang negeri, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, langkah itu diambil demi memastikan kelangsungan pentadbiran serta pembangunan negeri tidak terjejas.
Menurut beliau, pihaknya mengikuti rapat krisis kepimpinan yang melanda kerajaan negeri sejak beberapa minggu lalu dan menyifatkan situasi tersebut telah menjejaskan kecekapan pentadbiran.
“Kami kesal kerana krisis ini menyebabkan Sidang Dewan Undangan Negeri terpaksa ditangguhkan tanpa tarikh baharu,” katanya dalam sidang akhbar di sini.
Beliau turut mendakwa Menteri Besar, Aminuddin Harun gagal menguruskan krisis berkenaan dengan baik.
Dalam perkembangan sama, Mohamad Hanifah menegaskan kesemua lima ADUN PN akan terus mengutamakan kepentingan rakyat dan kestabilan negeri dalam setiap keputusan yang dibuat.
Pada sidang media tersebut, beliau turut menyerahkan surat kerjasama kepada wakil UMNO negeri, Mustapha Nagoor yang juga ADUN Palong.
Krisis politik di negeri itu dilihat semakin memuncak apabila 14 ADUN BN dilaporkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Eh ni off topic sikit dari you di alas tu bro saja nak Tanya gini:
ReplyDeletedi Mesia nih mcm ader krisis perlembagaan sekarang nih. Tuh yg Undeng² Luak Nogori pecat ytb mereka.. aku tak nak campur atau ulas hal tu,, tu hal mereka, Raisyatim kata sah sbb itu undang adat mereka dsb etc... entah let aku.
Yang aku nak sentuh adalah bab pasal ehwal undang negara sbb Ytb Ns ada giliran utk jadi Dymm Agong tu... yg aku nak sebut nih yg berkait dlm hal melantik dan memecat Agong, bab dlm menuduh Agong salah laku dsb etc ada undang² dier kan? tak leh sembrono dituduh oleh sesiapa pun kan?,.. nah kena faham bab tu dulu.
Sekarang cuba fikir kedepan sikit,.. andaikata padamasa Dymm Agong adalah Ytb Ns, dan tetiba undeng luak pecat dier sebagai Ytb atas sebab eg: isu moral,... so maka tak ker bermakna mereka pecat Agong?
Belum terjadi tu betul tapi kalau dah undeng² adat luak mereka ader peruntukan tu makanya kemunkinan terjadi tu ada la kan?
So bagaimana nih?
aku tak nak campuri peraturan adat mereka, jugak aku tak nak mereka campuri urusan perlembagaan bab Agong, tapi nak sher ader kawan loyer aku kata gini..
"apa kata dah sekarang kita dah tau glitch ader kat situ, dan bagi menghormati mereka mengamalkan adat luak mereka maka untuk jawatan YDP Agong maka Ytb Ns di skipkan bagi menjamin Perlembagaan Persekutuan dlm bab Kedudukan Agong tak digugat oleh adat tertentu, dan pelembagaan tidak pula campuri urusan adat tertentu untuk ber-practiced cara dia seadenya.
entah, aku tak tau bab undang & perlembagaan, tapi aku rasa aku dan ramai lagi yg mcm aku nak tahu alkesah bab nih, dan yg dah terjadi nih boleh dijadikan teladan dan mesti diberi perhatian aku rasa.
Apa kata engkorang?