SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja memberi isyarat jelas untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang kini dikuasai Perikatan Nasional (PN), dengan gerak kerja jentera diperkasa lebih awal menjelang pilihan raya akan datang.
Timbalan Ketuanya, Danish Hairudin berkata, parti itu kini bersedia untuk bangkit semula di kawasan berkenaan dengan pendekatan lebih tersusun dan dekat dengan rakyat.
“Keadilan Kota Raja bersedia untuk menawan kembali Sungai Kandis, dengan kekuatan jentera yang lebih mantap serta fokus kepada isu sebenar rakyat,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota ERaja yang dihadiri lebih 300 anggota hari ini.
Untuk rekod, DUN Sungai Kandis menyaksikan perubahan dalam pilihan raya negeri lalu apabila calon PN, Wan Dzahanurin Ahmad, menewaskan penyandang daripada PH dengan majoriti tipis, 167 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
Menurut Danish yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), parti itu kini tidak lagi bergerak secara bermusim, sebaliknya memperkukuh kehadiran di peringkat akar umbi secara konsisten.
“Warga Sungai Kandis mahukan pembelaan berterusan, bukan hanya ketika pilihan raya. Itu yang sedang kita laksanakan,” ujarnya.
Beliau berkata, tumpuan kini diberikan kepada pengukuhan ranting, Jentera Daerah Mengundi (JDM) serta penerangan yang lebih agresif dan berfakta.
Katanya, dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan berterusan, pihaknya yakin mampu mengembalikan keyakinan pengundi sekali gus merampas semula Sungai Kandis. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment