SHAH ALAM – Kenaikan harga diesel memberi kesan besar kepada golongan pesawah apabila kos tanaman padi melebihi RM3,000 bagi setiap ekar berbanding RM2,000 sebelum ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peningkatan kos itu berpunca daripada kebergantungan tinggi sektor penanaman padi terhadap penggunaan diesel dalam pelbagai peringkat operasi.
"(Kerja) membajak, menuai (dan) pam air pakai diesel. Sedangkan jentera membajak dan menuai tidak menerima subsidi di bawah Budi Agri-Komoditi.
"Belum lagi menyentuh isu kelewatan dan kerumitan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP)," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit bagi diesel di Semenanjung terus meningkat pada RM6.02 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 50 sen berbanding tempoh sebelumnya, RM5.52 seliter.
Dalam pada itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menjelaskan, beliau bersama beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pembangkang telah turun padang dan mendengar sendiri keluhan pesawah yang terkesan.
"Mereka ini adalah antara golongan rakyat yang paling terkesan dengan kenaikan mendadak harga diesel," ujarnya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment