NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Dah sihat, sedia untuk perjuangan'



KANGAR – Kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan rapi di Hospital Pulau Pinang.

Beliau sudah mempunyai kekuatan untuk keluar mengambil angin di luar rumahnya di sini dengan menaiki kerusi roda.

Perkembangan semasa itu dikongsikan oleh anaknya, Husna Hashim menerusi video di TikTok yang memaparkan perubahan ketara kesihatan pemimpin tersebut.

Dalam rakaman tersebut, Hashim dilihat tenang dan ceria, malah masih mampu menjawab panggilan telefon walaupun dalam keadaan berkerusi roda.

Beliau turut meluahkan kata-kata ringkas namun bersemangat apabila ditanya oleh Husna dalam video berkenaan.

“Dah sihat, sedia untuk perjuangan,” kata Hashim.

Menurut Husna, perubahan itu sangat mengembirakan memandangkan sebelum ini bapanya hanya dilihat mampu berehat di atas katil.

“Alhamdulillah, ayah semakin sihat dan nampak lebih ceria. Terima kasih atas doa kalian semua,” katanya sambil menzahirkan penghargaan atas doa orang ramai.

Terdahulu, media melaporkan Hashim menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah sejak 9 Februari lalu akibat masalah kesihatan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Pulau Pinang bagi pemantauan lanjut.


Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo