NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Baik bubar sahaja DUN Negeri Sembilan – Puad



KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak akan dapat mentadbir negeri dengan licin jika ia kerajaan lemah, tidak ada majoriti kukuh dan dilanda dengan krisis adat dan perlembagaan.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi, jalan terbaik ialah bubar Dewan Undangan negeri dan buat pilihan raya negeri (PRN).

“Dapatkan mandat kukuh dari rakyat. Itu yang Hasni lakukan masa dia jadi MB Johor. Cadangan Datuk Aziz Bari pemimpin PH Perak agar diistihar darurat lagi karut dan tidak demokratik.

“Aminuddin sendiri adalah pemimpin PKR yang pro Rafizi. Mereka tuduh reformasi tulin gagal di bawah PMX,” katanya dalam kenyataan.

Justeru amat wajar Aminuddin membubarkan DUN Negeri Sembilan jika dia reformis tulen, kata Puad.

“Pendirian BN Negeri Sembilan amat jelas. Mereka bukan mahu tubuh kerajaan tebuk atap. Tidak terdapat pakatan dengan lima ADUN PN untuk tubuh kerajaan baru. Tindakan Aminuddin menangguhkan sidang DUN yang sudah dirasmikan memalukan. Dia takut bayang bayang sendiri.

“Sebab itu dakwaan Anthony Loke bahawa ADUN BN cuba tubuh kerajaan tebuk atap adalah double standard. Kenapa samakan menarik balik sokongan dengan tebuk atap?

“Tidakkah cadangan DAP untuk meletak jawatan menteri menjelang konvensyen DAP bulan Julai adalah hilang kepercayaan kepada PMX? Apakah itu tebuk atap?” soalnya. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo