MELAKA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir mempengerusikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan UMNO seluruh Melaka di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada Jumaat.
Beliau tiba sekitar jam 3 petang dengan diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid berkata, pertemuan itu diadakan sebagai persiapan awal melibatkan cawangan UMNO di seluruh negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU).
Menurutnya, mesyuarat berkenaan merupakan yang pertama kali diadakan bagi menghimpunkan kepimpinan cawangan secara menyeluruh untuk tujuan penyelarasan gerak kerja parti.
Pada jam 8 malam ini, beliau dijadualkan turut mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di lokasi sama.
Untuk rekod, PRN Melaka sebelum ini diadakan pada November 2021 dan mandatnya dijangka berakhir pada penghujung tahun ini.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment