NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka: Status kerjasama BN-PH akan diumum - Ahmad Zahid



MELAKA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keputusan sama ada parti itu akan bergerak solo atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diumumkan kelak.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya kini menuju ke arah keputusan tersebut, namun pada masa sama tidak akan mengenepikan pertindihan kerusi dengan mana-mana parti.

“Saya telah menyatakan dan kita akan umumkan. Kita ke arah itu, tetapi kita tidak akan mengenepikan supaya tidak berlaku pertindihan kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Seluruh Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan penangguhan PRN, beliau secara berseloroh memaklumkan 'tidak mendengar' perkara tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, seluruh jentera parti di peringkat cawangan, lokaliti dan bahagian perlu sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi PRN dan juga Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurutnya, kejayaan pilihan raya lalu perlu dipertahankan, selain beliau yakin prestasi kerajaan negeri ketika ini berada pada tahap baik.

“Sepanjang tiga tahun kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, banyak perubahan telah dilakukan.

“Perubahan dan kejayaan ini perlu dipertahankan serta dijadikan faktor ‘feel good’ untuk terus meraih sokongan terhadap calon-calon yang akan diketengahkan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa komposisi pengundi di Melaka memerlukan pendekatan menyeluruh.

“Kita tahu hanya 17 peratus pengundi di negeri ini terdiri daripada ahli UMNO, manakala selebihnya bukan ahli atau daripada parti komponen lain.

“Selain itu, kira-kira 63 peratus pengundi adalah Melayu, manakala selebihnya bukan Melayu.

“Justeru, kita perlu bekerja keras untuk menyantuni semua golongan bagi memastikan sokongan berterusan kepada parti,” katanya.

Ujar beliau, usaha menyantuni pengundi pelbagai kaum penting bagi menyelaraskan prestasi kerajaan negeri dengan sokongan politik yang kukuh.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo