NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

200,000 penjawat awam layak BDR mulai esok



SHAH ALAM - Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) yang bermula pada Rabu melibatkan sehingga 200,000 penjawat awam tertakluk kepada kelayakan dan pertimbangan jabatan masing-masing.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, sistem sedia ada mampu menampung jumlah berkenaan, namun bukan semua penjawat awam akan diluluskan untuk menyertai pelaksanaan itu.

"Walaupun sistem boleh menyokong sehingga 200,000 pengguna pada satu-satu masa, namun tidak semua penjawat awam layak.

"Pemilihan akan dibuat berdasarkan beberapa faktor dan kelulusan juga bergantung kepada ketua jabatan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026 di MBSA Convention Centre di sini pada Selasa.

Shamsul Azri memberitahu, pelaksanaan BDR itu akan dilaksanakan secara terkawal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam tidak terjejas.

Katanya, setiap jabatan diberi kuasa untuk menilai keperluan operasi sebelum meluluskan permohonan BDR dalam kalangan pegawai.

"Ini penting bagi memastikan keseimbangan antara keperluan perkhidmatan dan kebajikan penjawat awam terus terpelihara," tambah beliau.

Media sebelum ini melaporkan, pegawai sektor awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, selain semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi lapan kilometer dibenarkan BDR.

Pelaksanaan BDR selama tiga hari dalam seminggu untuk perkhidmatan awam itu susulan konflik Asia Barat.

Bagaimanapun, pelaksanaan BDR dikecualikan untuk tiga sektor membabitkan keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan.



Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo