NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan perlu jelaskan sumber diesel, peranan syarikat Vitol - Gerakan



SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi penjelasan telus berhubung sumber bekalan diesel yang dijual kepada Filipina melalui syarikat Vitol memandangkan urusan tersebut dilaporkan tidak melibatkan Petronas.

​Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, kerajaan perlu memperincikan saluran negara mana yang digunakan Vitol untuk memperoleh bekalan minyak mentah tersebut serta status punca diesel berkenaan.

“Jika diesel tersebut dihasilkan dan diproses di Pengerang, kerajaan perlu menjelaskan dengan jelas kepada rakyat dari mana Vitol memperoleh minyak mentah tersebut.

"Persoalan ini bukan untuk menimbulkan kekeliruan, tetapi untuk memastikan fakta yang tepat.

“Jika Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan diesel sendiri, mengapa kita masih mengimport dari Timur Tengah?

"Mengapa perlu memilih sumber yang lebih jauh sedangkan pilihan lebih dekat tersedia?” soalnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menegaskan bahawa rakyat berhak mengetahui sama ada diesel yang ditapis melalui Vitol lebih murah berbanding import dari Timur Tengah, serta pada harga berapakah diesel tersebut dijual kepada Filipina.

“Isu utama bukan sama ada Petronas membeli minyak, tetapi sama ada Malaysia benar-benar mempunyai keupayaan menghasilkan diesel pada kos yang lebih kompetitif,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, pihak pembangkang termasuk Gerakan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Namun, kerajaan tidak boleh menyembunyikan fakta daripada rakyat. Ketelusan amat penting.

"Rakyat ingin tahu sama ada teknologi penapisan diesel oleh Vitol mampu membantu mengurangkan harga diesel dalam negara,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, kenaikan harga diesel akan memberi kesan berantai kepada keseluruhan ekonomi.

“Apabila harga diesel meningkat, kos logistik dan pengeluaran turut meningkat. Kesan ini akan berterusan ke setiap peringkat sehingga akhirnya rakyat menanggung beban melalui kenaikan harga barang," ujarnya.

Beliau berkata, keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat.

“Mengapa negara bukan pengeluar minyak mampu menjual diesel pada harga lebih rendah, sedangkan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak berdepan harga yang lebih tinggi?

"Rakyat bukan sahaja memerlukan bantuan, tetapi juga mahukan penjelasan yang sebenar," ujarnya.

Menurutnya, sebagai pemain utama dalam industri tenaga global, Vitol memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan minyak dunia.

“Jika kita mempunyai rakan strategik seperti Vitol, mengapa kerajaan dan Petronas tidak memanfaatkan sepenuhnya kerjasama ini demi kepentingan rakyat dan negara?” soalnya lagi.



Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo