BANGI, 26 RAMADAN – Pendakwah bebas, Zamri Vinoth dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.
Semakan sistem e-Kehakiman mendapati, pertuduhan Zamri atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu akan dibacakan di hadapan Majistret, Faezahnoor Hassan pada pukul 9 pagi.
TV Pertiwi difahamkan, Zamri yang juga pengasas Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) akan didakwa berhubung perhimpunan yang dirancang di pekarangan kompleks beli-belah Sogo pada 7 Februari lepas.
Sebelum ini, polis mendakwa Zamri dan aktivis tanah, Tamim Dahri telah melarikan diri ke Thailand dan usaha mengesan dua individu itu akan turut melibatkan polis dari negara terbabit.
Zamri bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau cuba melarikan diri.
Malah, Zamri turut mempersoalkan sama ada polis akan turut menyiasat Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan aktivis kontroversi, Arun Dorasamy kerana mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kegusaran rakyat.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment