- Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), M Kulasegaran, yang dilihat berada bersama Arun Dorasamy di perkarangan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, semalam.
- Menurut beliau, seorang Timbalan Menteri, lebih-lebih lagi yang memegang portfolio berkaitan undang-undang, tidak wajar bertindak sedemikian.
- “Jika orang seperti M. Kulasegaran boleh menjadi Timbalan Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi, bagaimanakah sistem Undang-Undang Negara akan dihormati?! Reformasi jauh sekali!!” katanya.
KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), M Kulasegaran, yang dilihat berada bersama Arun Dorasamy di perkarangan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, semalam.
Menurut beliau, seorang Timbalan Menteri, lebih-lebih lagi yang memegang portfolio berkaitan undang-undang, tidak wajar bertindak sedemikian.
“Jika orang seperti M. Kulasegaran boleh menjadi Timbalan Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi, bagaimanakah sistem Undang-Undang Negara akan dihormati?! Reformasi jauh sekali!!” katanya menerusi satu hantaran ringkas di Facebook.
Semalam, Kulasegaran hadir di Mahkamah Majistret Jawi bersama aktivis, Arun Dorasamy yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.
Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Arun hadir ke mahkamah dalam keadaan bebas tanpa bergari, berbeza dengan seorang lagi aktivis, Zamri Vinoth, yang tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam dalam keadaan bergari serta dikawal ketat.
Kedua-dua individu tersebut berdepan pertuduhan sama kerana didakwa membuat kenyataan dengan niat menyebabkan atau berkemungkinan mencetuskan kegentaran awam.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment