NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU tak lulus bukti Anwar tiada sokongan kuat di Dewan Rakyat – Gulam Muszaffar



KUALA LUMPUR  – Kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri diluluskan membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan kuat di dalam Dewan Rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, keputusan itu membuktikan kononnya kestabilan Kerajaan Madani yang diserlahkan meleset dan tidak seperti yang digembar-gemburkan selama ini.

“Peristiwa semalam di Dewan Rakyat telah membuktikan Kerajaan Madani bukan stabil seperti yang digambarkan.

“Ini bermakna dan memberi signal lampu merah kepada PMX, walaupun kononnya ada 154 ahli Parlimen, bukan bukti beliau mempunyai sokongan kuat di Dewan Rakyat.

“Nampak seperti berisi tetapi kosong di dalam, kuat `melalak’ sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat tidak meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.

Ia susulan kegagalan RUU itu memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali.

Gulam Muszaffar berkata, beliau percaya dengan keputusan malang itu membuatkan Perdana Menteri tidak boleh tidur lena kerana gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti.

“RUU yang YAB PMX sendiri beriya-iya kehendaki dalam optik politiknya, kepada rakyat inilah adalah reformasi institusi yang selaras dengan agenda parti dan sekutunya PH.

“Saya melihat, menggerudi dan mengkaji secara lebih dalam kenapa kegagalan ini boleh berlaku yang diibaratkan amat memalukan yang sepatutnya tidak wajar berlaku,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri boleh dimalukan sekali lagi di dalam Dewan Rakyat sekiranya RUU Pemisahan Kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara menerima nasib yang sama hari ini.

“Kita tunggu bila mana satu lagi RUU Pemisahan Kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara dibentangkan hari ini.

“Sepuluh Ahli Parlimen team Hiruk yang diketuai Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli kemungkinan besar akan bersikap berkecuali dalam undian RUU ini.

“Lagi sekali YAB PMX akan dimalukan dengan permainan angka di Parlimen,” katanya.

Menurutnya, rakyat juga perlu menilai semula lapan ahli Parlimen dari blok kerajaan yang dikatakan tidak hadir dalam sesi undian tersebut.

“Ahli-Ahli Parlimen ini tidak menjalankan amanah sebagai seorang Ahli Parlimen yang sepatutnya wajib hadir.

“Amat mustahil “backbencher” blok kerajaan tidak mengetahui kepentingan RUU ini.

“Bukankan sesi taklimat “pre council” sudah diadakan sebelum sidang Parlimen diadakan,” katanya. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo